• News

    15 September, 2023

    OVERDOSE MAKAN RAMBUTAN

    Kisahnya, kawan dekat tempat kerja bawak rambutan. Kita ni yang memang hantu rambutan, teruja lah nampak rambutan. Lama tak makan rambutan, asyik makan buah dokong je, beli dekat pasar malam.



    Buah rambutan tu pulak jenis yang lekat, isi tak melekat dekat biji, dan jenis kering tak de air, memang kita suka sangat lah rambutan macam ni. Tengok orang lain pun macam tak berapa makan sangat, terus ambik plastik rambutan tu dan letak dekat meja, sambil buat kerja, sambil makan rambutan. Hahahaha..



    Sedar-sedar dah habis seplastik buah rambutan. Aaaaa.. bahagianya masa tu. Kahkahkahkah.. 



    Malamnya dekat rumah, dah mula rasa kering tekak, macam gatal-gatal tekak, petanda batuk dah mula hadir. Aduhhh.. dah lama tak batuk ni, dah la sejenis yang bila batuk, susah nak baik.



    Tadi masa lunch break, mintak lah budak lelaki dekat tempat kerja tolong belikan air kelapa masa dia keluar solat jumaat, risau jugak takut dia lupa beli, Alhamdulillah dia ingat dan belikan sebungkus air kelapa fresh, tak letak gula dan ais. Habis sebungkus aku sedut, tapi batuk tetap kunjung tiba. Hurmmm…


    Lepas anak-anak mengaji, singgah ke kedai runcit beli barang dapur sikit, terus lah aku singgah ke Farmasi I Sihat beli ubat batuk dan ubat sakit tekak. Kalau boleh , taknak lah batuk ni berlarutan, nasib baik cuti 2 hari, boleh lah rawat diri sendiri.



    Itulah, sapa suruh pulun sangat makan rambutan, sekarang padan muka diri sendiri. Hahahahaha… takde nak salahkan orang lain, memang kena salahkan diri sendiri. Orang lain makan jugak, tapi aku ni macam melampau sangat pergi makan banyak sangat, sudahnya menyusahkan diri sendiri.



    Dear self, cepat sihat ye. Ok, dah makan ubat, nak rehat. Bye.




    Sedap rambutan ni, orang Kedah sebut moktan lekang. Bayangkan, habis satu plastik rambutan ni aku makan sorang. Hahahaha. Melampau betul.


     


    Mintak kawan belikan air kelapa, mana lah tau dapat sembuhkan batuk yang baru nak menjadi ni. Seikat plastik air kelapa ni berharga RM5. Kalau laki pencen nanti, boleh lah ajak dia meniaga air kelapa, rasa macam maju jugak bisnes air kelapa ni.




    Terus beli ubat batuk dan gula-gula diflam dan dequadin. Tolong lah sembuh dalam masa 2 hari ni. 

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers