abang polis trafik

petang tu akak ke kedai runcit, dekat je dengan umah akak ni
seat belt malas la akak nak pakai
skema betul, pergi kedai dalam kawasan kampung pun nak pakai seat belt

lepas pilih barang lebih kurang dan bayar, akak pun balik lah
takkan nak ajak brader kedai runcit tu pergi dating pulak kan
sangat lah melampau

masa akak nak balik tu pun, akak tetap tak pakai seat belt
lagipun akak kan pernah jadi Penang driver yang berhemah
jadi, pemanduan akak sangat lah bersopan santun di atas jalan raya
*ok, sila percaya

akak tak perasan ada abang polis kat depan
dah dekat baru akak perasan ada polis
akak apa lagi, terus sentap
tarik seat belt tu dengan kuasa henjutan cap kuasa kuda
entah macam mana, akak boleh ter free gear keta akak
sebab akak dah gelabah sangat
mujur dah dekat dengan abang polis tu, akak dah selamat pakai selt belt

jadi, akak pun pura-pura tak ada apa-apa
terus tekan minyak, bawak slow-slow kang, naiya ja kena tahan
akak pun main tekan je la pedal minyak tu kuat-kuat
sekali kereta berbunyi kuat
macam akak pergi remmmmm kat polis tu
aiyakssss.. akak terfree gear tadi..


* ni kalau akak tetiba dapat surat saman
   akak syak sebab akak berlaku biadap kat polis tersebut
   maaf ye bang, tak sengaja

19 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. aku pun terfree gear masa tarik seatbelt masa nak gi beli nasi sebab ternampak abg polis jugak!

    ReplyDelete
  2. saya nak ke tandas pun pakai tali pingang~~he~~

    ReplyDelete
  3. ayok.. tak tahu... he..he.. semoga abg polis tu baik hati..

    ReplyDelete
  4. GB - pakai manual car jugak eh? hehe. kalo kereta auto, rilek je..


    bujal - kamu kalo tak pakai tali pinggang, kang londeh pulak sluar. haha.


    kak Hanis - haha. uwekssss.. tak takuttt....

    ReplyDelete
  5. nasib abg polis tak tahan ekk.. mana tau ada abg polis nakal.. saje nak nyakat GC.. baru haru biru jadinye.. :)

    ReplyDelete
  6. ni nak ajak polis tu race ke?
    keh3

    ReplyDelete
  7. kak atie - tak sempat dia nak kejar, sy dh pecutttt... vrommmm... haha


    alien - hahaha. dh macam mat rempit lak, tu ar, macam nak ajak polis tu race. ish3x

    ReplyDelete
  8. Len kali bawak je keta oto....xyah free2 gear.

    ReplyDelete
  9. kahkahkah..

    teringat balik lunch semalam. camtu jugak. ingatkan polis rupanya Majlis Perbandaran daaa...


    sakit hati betul sebab tersangkut2 masa kReen tengah tarik seatbelt tu..

    ReplyDelete
  10. Moralnya, pakailah seatbelt sebab keselamatan, bukan sebab takut kat abg polis..ekekeke

    ReplyDelete
  11. Alah, kalau kena saman pun, hulurkan saja senyumanmu itu bersama sekuntum bunga, pasti selesai kes..!

    ReplyDelete
  12. hang sengih2 ja la kalau kena tahan.............

    ReplyDelete
  13. hahahaha mesti polis tu ingt ko nih samseng jalanan nih .hehehe padehal kes ter free gear je kan kan hu

    ReplyDelete
  14. kalau aku abg polis tue..trus saman hahahahhaa

    ReplyDelete
  15. Lain kali pakai aje talipinggang tu. Taklah kelam kabut.

    ReplyDelete
  16. aku mana reti bawak manual. huhuhu~

    ReplyDelete
  17. elehhh, ckp jek la nak ngorat abg polis kannnn.. tu pasal remmmm lebih sikit, hehehhehe :P

    ReplyDelete
  18. elehhh, ckp jek la nak ngorat abg polis kannnn.. tu pasal remmmm lebih sikit, hehehhehe :P

    ReplyDelete
  19. haha
    seb bek laki hang xde skali
    klo x konfem kne saman ngn abg polis tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post