Pada suatu hari di waktu pagi, ada seorang budak yang puas bercuti selama 2 hari di rumah. Dia selalunya datang awal ke ofis mengalahkan boss yang hendak memeriksa kedatangan pekerja lain. Apabila dia sampai ke ofis, maka dia pun terkejut dan mengejutkan dirinya sendiri.
Ohhh.. tidak!!! Gate ofis masih berkunci!!! Maka dia pun bertanya di dalam hati, "ehhh.. hari ini hari apakah?" Gate masih berkunci adakah menandakan hari ini hari ahad?? Ohhh demmmm... Kenapakah aku datang bekerja pada hari ahad! Memang aku buang tebiat rajin nak mampos mengalahkan orang nak dapat bonus sedangkan sumpah memang aku tak ada bonus sebab aku baru sahaja mula berkerja di sini selama 13 hari dan di tolak cuti pada Sabtu dan Ahad.
Maka, budak itu pun berfikir dan berfikir sejenak? Pastikah hari ini hari isnin??? Yes, pasti sama sekali kerana selama 2 hari budak itu memerap di rumah mengemop lantai dan menonton DVD cerita hantu yang sangat bodoh hantunya. Confirm la, memang hari ini adalah isnin, bukan ahad. Budak itu pun mencari fakta ke dua yang mengatakan bahawa hari ini adalah hari isnin.
Makanya lagi, budak itu pun segera mengambil handphone cokia cap ayam beliau dan mencari perkataan kalendar di dalam menu handphone cap ayamnya. Sahhh la weh, memang tertera di situ perkata "Monday". Maka budak itu pun merasa gembira kerana beliau berada di pihak yang benar.
** Buat Auntie cleaner yang cuti tak kabo ker teman tu, selamat bercuti. Nahas gua start keta dan balik rumah untuk tidur dan sambung tengok DVD. Kat ofis ni, masa mula kerja tiap-tiap orang tak sama. Aku datang awal sikit, dan selalunya Auntie cleaner yang datang awal, bukakan gate ofis.
16 comments:
nampak gaya.. nko kenalah jadi "the gatekeeper" lepas ni..
bukankah kau selalunya bertindak sebagai pembuka pintu opis hahahahah
hoho...
mak cik nih....terlajak tido kah..
kesian GC kna bukak opis ari ni ...huhu
alaaa... bangga ape boleh bukak gate.. sis hari2 kena bukak gate.. kalo rasa hari tersebut hari jahat sedunia.. sis kunci balik..muahahahaha
tolong bukakkan pintu rumah beta leh tak??
public holiday ker?
Overtime ke?..
Kui kui kui! hang buat la konci pendua kalo time hang mai awal, x payah nk tunggu org lain bukak pintu.
hehehe . memang hangin la kalau datang keje tapi gate tak bukak2 lagi . hehe
haha... sabo je lah. XP
suruh je 'makcik tu' berenti. pastu kamu amik alih. nanti gaji kamu kene la tambah juga, sama jumpah dgn gaji 'makcik' tu sebab dah terbuat keje 'makcik tu'. masyuk tuuu....ehehehe
haihh..makcik pun malas nk keje hari isnin..huhuh
lenkali kalau gate kunci tepon aku.. kita pi bekpes sambil tunggu orang bukak gate tu untuk hang..... =)
xley wat kunci spare ?
haha!
Aslmkm.
:) Mungkinkah terkena badi hari ke 13!
eh.
sebenarnya ahad ke isnin?
keliru..?
Post a Comment